• Ogos 18, 2022
  • 4551

Lawatan Kerja Cawangan Sumber Manusia ke JKR Semporna

Lawatan Kerja Cawangan Sumber Manusia ke JKR Semporna

SEMPORNA, 18 OGOS – Cawangan Sumber Manusia telah mengadakan pemeriksaan dan lawatan kerja ke JKR Daerah Semporna selama dua hari.

Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Sarinah Binti Mohamad bersama Penolong Pengarah, Alan Madin, Penolong Pegawai Tadbir, Puan Hafizatul Bazla dan Tuan Raymond Epun.
Jurutera Daerah JKR Semporna, Tuan Mohd Fauzi Zikiri telah membentangkan taklimat Pengurusan Sumber Manusia JKR Semporna yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit JKR Semporna, Penolong-Penolong Jurutera dan seluruh kakitangan JKR Semporna.
Dalam taklimat tersebut, beliau memaklumkan bahawa kakitangan JKR Semporna setakat ini ialah seramai 32 orang dan seramai 2 orang pegawai telah bersara pada awal tahun ini. Beliau turut menambah, semoga sesi lawatan ini menjadi platform terbaik dalam perkongsian maklumat dan medium perbincangan mendapatkan maklumbalas terhadap isu-isu berkaitan dengan perjawatan.