• Mei 19, 2023
  • 1395

Sambutan Raya dan Kaamatan

Sambutan Raya dan Kaamatan

BEAUFORT, 18 MEI – Dianggarkan seramai 80 orang pegawai dan kakitangan termasuklah warga JKR Kuala Penyu, JKR Sipitang dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Beaufort hadir ke Majlis Sambutan Raya dan Kaamatan yang dilangsungkan di JKR Beaufort.

Pelbagai pengisian aktiviti sepanjang majlis berlangsung. Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi merahmati majlis diikuti dengan ucapan rasmi pembuka yang disampaikan oleh Jurutera Bahagian JKR Beaufort, Tuan Azlan Bin Sumiran. Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti seterusnya iaitu persembahan karaoke, cabutan tiket bertuah, beberapa pertandingan selingan seperti Pertandingan Teka Jumlah Coklat, The Chosen 5 dan Pertandingan Pakaian Raya Kaamatan Terbaik. Bukan itu sahaja, aktiviti Exchange Gift turut dilakukan yang disertai oleh kakitangan JKR Beaufort.

Objektif pelaksanaan majlis itu adalah untuk menerapkan sikap menghormati dan menghayati pelbagai perayaan setiap kaum yang boleh diraikan bersama-sama serta membentuk sikap bekerjasama antara kakitangan awam tanpa mengira bangsa dan agama dalam menjayakan sesuatu program yang dianjurkan.

Jurutera Bahagian JKR Beaufort mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Tuan Mohd Fahmie Akmal Mohd Kassim, Jurutera Kerja serta seluruh kakitangan JKR sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Sambutan Raya Kaamatan JKR Beaufort Tahun 2023 kali ini.

Beliau berkata bahawa sikap kerjasama dan kemesraan yang terjalin erat sesama kakitangan diharap dapat dikekalkan dalam kalangan kakitangan JKR tanpa mengira pangkat dan darjat.