• Jun 21, 2023
  • 876

Lawatan YB Datuk Menteri Kerja Raya Sabah ke Kota Belud

Lawatan YB Datuk Menteri Kerja Raya Sabah ke Kota Belud

KOTA BELUD, 19 JUN – YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah membuat lawatan ke Kota Belud bersama YB Datuk Fairuz Renddan (ADUN Pintasan) dan YB Datuk Arshad Bistari (ADUN Tempasuk).

Ketibaan beliau di JKR Kota Belud dimulakan dengan sesi Taklimat Pembangunan oleh Jurutera Bahagian, Ir. Jamilah Tukang.

Antara tumpuan lawatan pemeriksaan tersebut adalah Projek Penyambungan Paip ke Kg Labuan Sempadan, Pemeriksaan Masalah Air di Kg Kota Peladok, Lawatan Jalan Rampayan Laut, Rampayan Ulu & Projek Pan Borneo serta Lawatan Tapak Projek Naiktaraf Jalanraya Dudar, Taburon Mendawang.