• Jun 23, 2023
  • 1046

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Kursus Sistem Aset Alih (S2A)

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Kursus Sistem Aset Alih (S2A)

KOTA KINABALU, 21 – 22 JUN – Cawangan Stor telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Kursus Sistem Aset Alih (S2A) yang dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama Insan, Wisma Muis yang dihadiri oleh Pembantu Pegawai Aset di setiap cawangan dan daerah.

Sistem Aset Alih (S2A) merupakan sistem yang dibangunkan dan diperkenalkan bagi memudahkan setiap Kementerian / Jabatan / Pejabat Daerah mentadbir, mengurus dan memantau aset alih yang ditempatkan di organisasi masing – masing secara dalam talian bermula dari proses penerimaan sehingga proses pelupusan aset.

Sistem ini adalah sistem penting dalam pengurusan aset Kerajaan Negeri Sabah yang akan membolehkan data dan maklumat bagi seluruh aset alih milik kerajaan dikumpul dan diurus dalam satu pangkalan data.