• Julai 21, 2023
  • 734

Common Construction Contract Issues Discussed

Common Construction Contract Issues Discussed

KOTA KINABALU, 17 & 18 JUL – Lembaga Juruukur Bahan Malaysia telah menganjurkan Kursus Common Construction Contract Issues Discussed yang diadakan di Hotel Marriott, Kota Kinabalu.

Kursus yang dilaksanakan selama dua (2) hari itu bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan yang tidak ternilai tentang kewajipan dan tanggungjawab kontrak di bawah Kontrak terutamanya untuk isu-isu penting berkaitan dengan penyiapan praktikal, lanjutan masa, akaun akhir, penentuan/penamatan, isu pembayaran termasuk CIPAA 2012.

Isu-isu lain, termasuk Force Majeure berhubung dengan pandemik COVID- 19 & peruntukan penting Akta COVID-19 2020 dan kedudukan undang-undang semasa mengenai ganti rugi tercair, bon prestasi & jumlah pengekalan juga diketengahkan.

Dalam pada itu, kursus itu menampilkan Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, CQS, Juruukur Bahan Kanan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat sebagai pembentang.

Sebanyak 180 peserta hadir yang terdiri daripada JKR, agensi kerajaan, akademik juruperunding dan kontraktor.