• Ogos 8, 2023
  • 1098

Serah Tugas Jurutera Daerah Pitas

Serah Tugas Jurutera Daerah Pitas

PITAS, 4 OGOS – Majlis serah tugas di antara Jurutera Daerah Pitas, iaitu Hadi bin Hamzah dan Jurutera Kerja Daerah Kudat, Mohammad Hazizul bin Ismail.

Majlis ini telah dihadiri oleh Hillmy bin Hamid, Jurutera Bahagian Kudat. Turut serta, kakitangan JKR Kudat, JKR Kota Marudu dan JKR Pitas.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan tayangan video kenangan aktiviti yang dilakukan sepanjang Hadi bin Hamzah menerajui JKR Pitas. Dalam majlis yang sama JKR Pitas menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua jurutera.

Dalam ucapan beliau, dia memohon agar setiap kakitangan meneruskan kerjasama yang telah diterapkan selama ini kepada jurutera baharu supaya dapat melancarkan pengurusan dan pentadbiran pejabat. Gimik Menanam Pokok Durian Musang King dilakukan sebagai simbolik Majlis Serah dan Terima Tugas.

Hadi Hamzah akan berpindah ke JKR Kota Marudu dan Mohammad Hazizul Ismail sebelum ini bertugas di JKR Kudat telah dipindahkan ke JKR Pitas sebagai Jurutera Daerah Pitas yang baharu.