• Oktober 1, 2023
  • 481

Lawatan Pemantauan Kerja Penyenggaraan Rutin Jalan Ke Daerah Kudat dan Pulau Banggi

Lawatan Pemantauan Kerja Penyenggaraan Rutin Jalan Ke Daerah Kudat dan Pulau Banggi

KUDAT, 20 – 21 SEP – Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ibu Pejabat JKR Sabah yang diketuai oleh Jurutera Kerja, Nelissa Christy Antuni bersama kakitangan teknikal Cawangan Penyenggaraan Jalan  serta Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti telah membuat lawatan pemantauan ke daerah Kudat dan Pulau Banggi sebagai rutin penyenggaraan jalan persekutuan, negeri dan penyenggaraan jalan tidak berturap yang dilaksanakan oleh pihak konsesi terlibat.

Lawatan itu bertujuan untuk membuat pendedahan serta mengenal pasti ketidak patuhan kerja-kerja penyenggaraan jalan di peringkat daerah yang dilaksanakan  oleh pihak konsesi yang dilantik oleh JKR Sabah.