• Oktober 13, 2023
  • 361

Lawatan Pemeriksaan Cawangan Senggara Bangunan

Lawatan Pemeriksaan Cawangan Senggara Bangunan

LAHAD DATU, 03 – 05 OKT – Cawangan Senggara Bangunan bersama Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur telah mengadakan lawatan ke daerah Lahad Datu.

Antara lokasi yang terlibat adalah Sekolah Berasrama Penuh Sains, di mana Sesi Libat Urus diadakan bersama pihak sekolah berhubung kerja-kerja pengubahsuaian dan penyelenggaraan bangunan sekolah tersebut.

Selain itu, diadakan juga mesyuarat bagi membincangkan projek Menaik Taraf Institut Latihan Islam (ILIM) dan projek Menaik Taraf Kemudahan Rekreasi Eko – Pelancongan Di Hutan Sepagaya yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, JKR Lahad Datu sebelum bergerak ke lawatan tapak. Lokasi terakhir melibatkan Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2, Jalan Silam, Lahad Datu.