• Disember 18, 2023
  • 235

Lawatan Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal

Lawatan Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal

KEPAYAN, 14 DIS – Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin telah berkunjung ke Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak untuk menghadiri taklimat berkenaan cawangan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak, Freddy Kimbun.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ir. Ts. Azri Saflie, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Mohd Dzulkarnain, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Arkitek, Jeffry @ Jeff ismail, Jurutera Daerah Semporna, Jude Anthony dan Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Nur Diyana.

Mereka turut berkesempatan melawat sekitar cawangan tersebut termasuklah makmal kimia sebelum mengakhiri lawatan tersebut.