• Januari 5, 2024
  • 233

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Bil.1

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Bil.1

PENAMPANG, 5 JAN – Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan bagi meraikan persaraan serta memberikan penghargaan kepada Clarence Jipius yang akan menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat selama 41 tahun di JKR Sabah.

Clarence Jipius, Pembantu Awam Gred H14 merupakan penerima Anugerah Employee Of The Year 2022.

Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri mewakili seluruh warga kerja JKR Penampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Mohd Fauzi Zikiri juga turut menyampaikan amanat sempena tahun baru 2024 kepada warga kerja JKR Penampang agar mengekalkan Semangat Kerja Berpasukan dan menerapkan nilai Tonggak 12 dalam Perkhidmatan Awam bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan dalam sistem penyampaian perkhidmatan.