• Februari 28, 2024
  • 130

Goal Setting Workshop JKR 2024

Goal Setting Workshop JKR 2024

TUARAN, 22 & 23 FEB – Jabatan Kerja Raya Sabah telah melaksanakan Goal Setting Workshop 2024 yang berlangsung di Nexus Resort & Spa Karambunai dengan membawa tema, “Back To Basics : Strong Fundamentals Ensure Effective Execution”.

Program ini merupakan program tahunan JKR yang diadakan selama dua (2) hari yang melibatkan ketua-ketua penolong pengarah, jurutera bahagian dan daerah.

Pada hari pertama, setiap peserta dibahagikan kepada empat (4) kumpulan untuk sesi perbincangan. Antara topik yang dibincangkan adalah, “Pre-Construction, Construction & Monitoring, Completion dan Post-Construction”.

Pada hari kedua, setiap cawangan di dalam setiap sektor membentangkan Achievement & Shortfalls 2023 dan Goal Setting 2024.