• Mac 6, 2024
  • 130

Pasukan Zon Pantai Timur Selatan Women Volleyball Mini Tournament Interzone 2024

Pasukan Zon Pantai Timur Selatan Women Volleyball Mini Tournament Interzone 2024

KOTA KINABALU, 1 & 2 MAC – Perlawanan Bola Tampar Women Volleyball Mini Tournament Interzone HQ JKR Sabah 2024 telah diadakan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Sepanjang perlawanan, Zon Tawau yang diwakili pemain-pemain dari JKR Tawau, JKR Lahad Datu, JKR Kunak dan JKR Semporna telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dan dukacitanya bukan rezeki untuk meraih pingat pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, nasib lebih menyebelahi Zon Timur selaku juara untuk pertandingan Women Volleyball tahun ini, manakala tempat kedua, Zon HQ A dan di tempat yang ketiga, kemenangan bersama jatuh kepada Zon Pedalaman dan Zon Pantai Barat Tengah.

Sepanjang perlawanan dijalankan, dapat dilihat semangat kesukanan dan kesetiakawanan serta kerjasama yang padu antara semua pasukan.

Diharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat lagi sering berkenal kenalan, bersukan dan bersilaturahim.