• Mac 28, 2024
  • 188

Majlis Serah dan Terima Tugas Jurutera Daerah Semporna

Majlis Serah dan Terima Tugas Jurutera Daerah Semporna

SEMPORNA, 27 MAC – Majlis Serah dan Terima Tugas di antara Jude Anthony, mantan Jurutera Daerah Semporna dengan Ir. Lim Dixon Amando selaku Jurutera Daerah Semporna yang baharu. Majlis ringkas tersebut telah disaksikan oleh Mohd Taufik Riduan, Penolong Pegawai Tadbir di JKR Semporna.

Dalam pada itu, Jude Anthony, dalam ucapannya mengucapkan selamat datang kepada jurutera daerah yang baharu serta memperingatkan kepada semua kakitangan agar sentiasa memberi kerjasama dan menjalankan tugas dengan penuh komited dan baik sebagaimana yang telah diamanahkan.

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderakenangan oleh Fellani Mursid, Penolong Jurutera JKR Semporna kepada mantan Jurutera Daerah Semporna. Hadir sama, kakitangan  dan pelatih – pelatih industri JKR Semporna.