LAHAD DATU, 23 NOV – Gotong-royong Surau Ar-Raudah Kuarters JKR Lahad Datu telah diadakan dan dijadikan sebagai program tahunan para penghuni kuarters.
Kawasan yang dibersihkan adalah bahagian dalam dan luar persekitaran surau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyapu, membuka sawang, mengelap cermin, menggantung langsir, membuang rumput liar, mengecat surau, menggembur tanah dan banyak lagi.


Majoriti penghuni kuarters telah menyertai gotong –royong ini yang diketuai oleh Ahmat bin Hanapi. Namun begitu, kakitangan JKR Lahad Datu yang tinggal di luar kuarters juga turut sama menjayakan gotong-royong ini.
Kakitangan JKR Lahad Datu masing-masing menyumbang pelbagai juadah sepanjang program berlangsung. Setiap kakitangan dan keluarga yang menyertai gotong-royong ini menunjukkan semangat dan kerjasama yang amat baik.


Antara manfaat penganjuran program seperti ini ialah memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, memudahkan tugasan atau kerja, menjamin kebersihan dan mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab serta menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.
