SIPITANG, 17 DIS – Jurutera Daerah Sipitang, Ir. Syahbrina Hj Osin menyambut baik kehadiran Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah yang mengadakan lawatan kerja bagi meninjau dan melihat kemajuan terkini tapak projek di JKR Sipitang.

Antara lokasi tapak projek adalah Kerja-kerja Penyenggaraan di Jalan Pantai Meligan, Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Kerja 01 (Sipitang) dan Pakej Kerja 02 (Beaufort).
