KOTA KINABALU – Sambutan Hari Krismas 2024 dan Tahun Baru 2025 telah dianjurkan oleh beberapa cawangan di Ibu Pejabat JKR, baru-baru ini.


Penganjuran sambutan itu diraikan oleh semua kakitangan JKR yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan bagi mengeratkan silaturahim, persefahaman dan semangat kekeluargaan antara warga kerja Jabatan Kerja Raya Sabah.


Diharap perpaduan yang erat dan kerjasama yang padu dalam kalangan warga jabatan dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi bagi menjadikan JKR Sabah sebagai organisasi teknikal dan disegani dalam pembangunan infrastruktur dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui budaya kerja berprestasi tinggi dan budaya pengurusan tepat.


