KOTA MARUDU, 20 JAN – Jurutera Daerah Kota Marudu, Ts. Mohd Fauzi Zikiri telah mempengerusikan Mesyuarat Kakitangan JKR Kota Marudu Bil.1/2025 yang dihadiri oleh warga kerja JKR Kota Marudu.

Beliau yang menerima Nota Serah Tugas pada 13 Januari lepas memulakan mesyuarat dengan sesi perkenalan antara kakitangan JKR Kota Marudu.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan beberapa laporan yang berkaitan, perbincangan mengenai pentadbiran dan pengurusan pejabat.

Beliau juga turut mengingatkan agar semua kakitangan dapat menunjukkan prestasi kerja terbaik dan mengekalkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas.
