KOTA KINABALU, 26 & 27 FEB – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah mengadakan Road Management Meeting (RMM) dan Concession Monitoring Meeting (CMM) Bil.1 yang dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai.

Dalam Road Management Meeting (RMM), lima sesi pembentangan telah dilaksanakan melibatkan Cawangan Jambatan, Cawangan Trafik dan Pengangkutan, Cawangan Penyenggaraan Jalan, Cawangan Cerun dan JKR Tambunan.


Manakala dalam Concession Monitoring Meeting (CMM), Syraikat Konsesi Globinaco dan Lintasan Resources hadir untuk membincangkan laporan kemajuan kerja penyelenggaraan negeri dan persekutuan yang dibentangkan oleh syarikat konsesi tersebut.


