SIPITANG, 06 MAC – Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah telah menganjurkan program Jelajah Ramadhan di JKR Sipitang yang dirasmikan oleh wakil Pengarah Kerja Raya, Hafez bin Shabuddin.

Majlis bermula tepat jam 5.00 petang dan dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Jurutera Daerah Sipitang, Ir. Ts. Syahbrina binti Osin, mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Jurutera Bahagian Beaufort dan Jurutera Daerah Kuala Penyu dalam menjayakan majlis berbuka puasa ini. Selesai ucapan, majlis ini diserikan lagi dengan penyampaian tazkirah daripada Ustaz Mohd Aripin bin Jukim.
Dalam program tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf, balu serta ibu tunggal kakitangan JKR Sipitang.

Program ini merupakan acara tahunan yang diperkenalkan oleh Persatuan Kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah yang bertujuan untuk menyambut dan mendapatkan barakah Ramadhan, selain dapat mengeratkan silaturrahim.


