12

SANDAKAN, 31 JUL – Seminar Pemerkasaan Integriti & Anti Rasuah JKR Sabah telah dilaksanakan di Dewan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sandakan yang melibatkan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya Sabah besama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seminar ini telah menghimpunkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JKR Zon Timur (Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid) beserta konsesi dan kontraktor dengan objektif untuk memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti dan risiko rasuah dalam sektor perkhidmatan awam. Acara tersebut dirasmikan oleh Sarinah binti Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia mewakili Pengarah Kerja Raya Sabah.

Seminar tersebut telah disampaikan oleh O’Saerah binti Osin dari Cawangan Ukur Bahan dengan tajuk ceramah beliau “Quotation Process for Precession and Efficiency” dan disusuli dengan ceramah dari Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, Penguasa Kanan, Azman bin Indus.

Setelah sesi ceramah dan sesi soal jawab selesai, seminar tersebut diserikan lagi dengan tayangan montaj Ikrar Bebas Rasuah sebelum berakhirnya program. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah dipimpin oleh Jurutera Bahagian Kawasan Timur, Alan Arthur Angian. Acara menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang dilaksanakan oleh Faizal bin Abd Raman (Jurutera Daerah Kinabatangan), Antonius Wadjin bin Lambertus (Jurutera Daerah Beluran) dan Ir. Kenny bin Paping (Jurutera Daerah Telupid). Seminar tersebut diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada pihak SPRM.

About The Author