3

KUDAT, 18 SEP – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat telah menganjurkan Majlis Persaraan Jurutera Bahagian Kudat, Hillmy Hamid@Hilmy Hamit bertempat di Ruang Menunggu, JKR Kudat. Majlis ini dihadiri oleh semua warga kerja JKR Kudat bagi meraikan jasa dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan serta amanat terakhir daripada beliau kepada seluruh kakitangan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mempertingkatkan pemantauan projek di tapak agar kualiti dan jadual pelaksanaan kerja sentiasa terjamin. Beliau turut menyeru agar kerjasama antara pasukan teknikal diperkukuh demi memastikan perancangan dan penyampaian projek infrastruktur di Kudat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Penyampaian cenderamata daripada pihak JKR dan ketua-ketua unit JKR Kudat turut disampaikan, diikuti dengan majlis pemotongan kek dan tayangan video montaj yang mengimbau perjalanan kerjaya beliau.

Majlis ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh emosi, sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas khidmat bakti Hillmy Hamid@Hilmy Hamit selaku Jurutera Bahagian Kudat.

About The Author