4

KOTA MARUDU, 24 SEP – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Marudu telah diadakan di Dewan Terbuka Daerah Kota Marudu. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu turut hadir dan menghantar kontinjen bagi pertandingan sepanduk sempena sambutan ini. Sebanyak 32 orang terdiri daripada kakitangan JKR Kota Marudu yang menyertai kontinjen perarakan dan sepanduk yang turut dihadiri oleh Jurutera Daerah Kota Marudu, Ts. Mohd Fauzi bin Zikiri, semua Penolong Jurutera dan kakitangan yang datang bagi memberi sokongan kepada kontinjen JKR Kota Marudu kali ini.

Majlis ini bermula pada jam 6.00 pagi dengan mendirikan sepanduk dan berkumpul sebelum perarakan di sekitar Pekan Kota Marudu pada jam 7.30 pagi.

Majlis ini diadakan setiap tahun di peringkat daerah bagi memperingati kelahiran dan pejuangan Nabi Muhammad S.A.W dengan berselawat dan perarakan yang begitu bersemangat dari 39 kontinjen sepanduk yang masing-masing dari pelbagai jabatan, masjid, kampung, komuniti dan sekolah.

Kontinjen JKR Kota Marudu telah mendapat Tempat Pertama bagi kategori kementerian & jabatan pada pertandingan sepanduk peringkat Daerah Kota Marudu pada tahun ini.

Majlis berakhir pada jam12 tengahari dengan sesi bergambar serta ucapan terima kasih dari Jurutera Daerah Kota Marudu, Tuan Ts. Mohd Fauzi bin Zikiri kepada seluruh kakitangan yang hadir dan memberi sokongan yang cukup padu kepada kontinjen sepanduk JKR Kota Marudu tahun ini.

About The Author