KOTA KINABALU, 2 APR – Satu Sesi Perbincangan Libat Urus Pelaksanaan Garis Panduan Perlindungan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan (GP Utiliti PK) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi, JKR Sabah.

Libat Urus itu melibatkan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, ICU JPM dan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah (KKRUS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS) dan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Sabah.


GP Utiliti PK merupakan garis panduan yang diwujudkan bagi memastikan pengurusan utiliti sedia ada dilaksanakan secara sistematik, selamat dan berkesan sepanjang pelaksanaan projek kerajaan.
Objektif garis panduan ini adalah untuk melindungi utiliti sedia ada daripada kerosakan, menyelaras kerja pemindahan dan pemasangan semula utiliti, mengurangkan gangguan perkhidmatan kepada orang awam serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

