Screenshot 2026-04-22 094711

TAWAU, 13 APR – Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti, Sektor Lebuhraya Pan Borneo dengan kerjasama Pavement Knowledge Sharing Community (PKSC) telah menganjurkan Siri Jelajah Taklimat Teknikal bagi Amalan Terbaik dan Kawalan Kualiti dalam Pembinaan Jalan yang diadakan di JKR Tawau.

Program ini melibatkan penyertaan kakitangan Cawangan Teknikal dan Kawalan Kualiti, kontraktor dan perunding Projek Pan Borneo bagi pakej kerja, WP16 dan WP17, serta staf dan kontraktor berdaftar di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Tawau.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai amalan terbaik dalam kerja-kerja turapan jalan serta meningkatkan kefahaman praktikal terhadap kaedah pembinaan jalan yang berkesan. Selain itu, program ini turut memperkukuhkan pengetahuan peserta dalam aspek perancangan, penyediaan tapak dan kawalan kualiti bahan dalam pembinaan jalan. Penekanan juga diberikan terhadap pelaksanaan Quality Assurance dan Quality Control (QAQC) bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dalam amalan terbaik serta kawalan kualiti pembinaan jalan, seterusnya membantu memastikan hasil kerja yang lebih berkualiti, selamat dan menepati piawaian yang ditetapkan.

About The Author