KOTA MARUDU, 29 APR – Majlis Pra-Penyerahan Projek Rumah Buruh Juruukur Daerah Kota Marudu telah diadakan bagi tujuan pemeriksaan bersama pihak kontraktor dan pelanggan, sebelum Majlis Penyerahan Projek Siap dilaksanakan.

Pemeriksaan ini telah dihadiri oleh Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, bersama Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Penolong Jurutera, Azuan Hamzah serta Penolong Jurutera Elektrik, Jani Makapin.
Turut hadir sebagai wakil Jabatan Tanah dan Ukur ialah Shahril Norefandy, Penolong Pegawai Tadbir, bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Kota Marudu.
Manakala, pihak kontraktor iaitu JMS Enterprise dihadiri oleh Pengarah Projek, Jamais Junim.



Majlis ini bertujuan memastikan semua skop kerja telah dilaksanakan dengan sempurna serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sebelum penyerahan rasmi projek kepada pihak pelanggan.
