13

KOTA MARUDU, 8 MEI – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Bangunan Rumah Buruh Juruukur Daerah Kota Marudu telah diadakan sebagai simbolik penyerahan projek kepada pihak pelanggan. Projek ini telah dimulakan pada 20 Jun 2024 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 2 Mac 2026.

Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, telah menyampaikan taklimat ringkas berhubung pelaksanaan projek serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Tanah dan Ukur, Ibu Pejabat JKR, Pasukan Projek JKR Kota Marudu, pihak kontraktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan serta menyiapkan projek tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sr. Ahmad Shah Kallon sebagai wakil dari pihak pelanggan yang menerima penyerahan kunci rumah sebagai simbolik penerimaan projek siap. Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur yang turut hadir ialah Shahril Noredandy (Pen. Pegawai Tadbir) dan Melbourne (Juruukur Daerah Kudat). Turut hadir, Nurul Farah Izzati (Penolong Setiausaha) dan Mellanie Maddun (Pen. Pegawai Tadbir) dari Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri.

Manakala, Pegawai JKR Kota Marudu yang turut hadir sama ialah Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang dan Aron, Pen. Jurutera Kanan Ahmad Mahmud, Penolong-Penolong Jurutera, Azuan Hamzah, Jani Makapin, Azreen, Aida Juraidah dan Christina. Wakil dari Ibu Pejabat JKR, Cawangan Projek Bangunan dihadiri oleh Jurutera Kerja, Andreas Gimpun.

About The Author