Screenshot 2026-05-20 125710

KOTA KINABALU, 20 MEI – Rombongan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarah, Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman telah berkunjung ke JKR Sabah hari ini.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Baharuhom K.K Sogon, mempengerusikan mesyuarat itu yang bertujuan untuk membincangkan kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan di Rumah Sabah Annex (RSA) Kuala Lumpur. Turut dibincangkan adalah cadangan kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat baharu untuk Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Haisah binti Daud, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Evelyn Pius dan dihadiri oleh Cawangan Arkitek, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Mekanikal, Senggara Bangunan, Perbelanjaan dan Bajet serta Pembangunan dan Korporat.

About The Author