KOTA MARUDU, 10 JUN – JKR Kota Marudu telah mengadakan Sambutan Hari Kaamatan dan Majlis Persaraan Tahun 2026 secara sederhana namun dalam suasana penuh muhibah dan semangat kekeluargaan.

Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, dalam ucapan beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Jurutera Kerja Ts. Christine Madatang dengan bantuan Penolong Jurutera Muhd Safri, atas komitmen dan usaha memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Saridah @ Poliah Tamingan, yang telah bersara pada 1 Mei 2026, serta Aliuddin Salung, yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 17 Julai 2026. Sumbangan dan dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan merupakan satu penghargaan yang amat bernilai kepada organisasi.

Dalam ucapannya juga, beliau berharap agar sambutan seumpama ini dapat terus mengukuhkan hubungan silaturahim, mempererat jalinan kerjasama serta memantapkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JKR Kota Marudu.

Turut hadir ialah Jurutera Kerja, Aron Nicholas Jemson, Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Penolong-Penolong Jurutera, Ketua-Ketua Unit dan warga kerja JKR Kota Marudu.
Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
