WhatsApp Image 2026-06-26 at 11.18.44

KOTA KINABALU, 26 JUN — Majlis Perasmian Penutupan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2026 anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dengan kerjasama INSAN dan JPAN.

Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Sumber Manusia JKR Sabah, iaitu Sarinah Mohamad.

Program ini disertai oleh seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kumpulan jawatan dalam perkhidmatan awam, termasuk jurutera, penolong jurutera, pembantu kemahiran, serta pembantu khidmat am.

Menurut penganjur, pelaksanaan Program Transformasi Minda ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta penghayatan peserta terhadap nilai-nilai integriti, tadbir urus baik, serta budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Walaupun dijalankan secara dalam talian, program ini berjaya mencapai objektifnya melalui penglibatan aktif peserta serta komitmen penganjur dalam memastikan penyampaian modul berjalan lancar dan berkesan.

Majlis penutupan ini turut menandakan kejayaan pelaksanaan siri kedua PTM bagi tahun 2026, sekali gus mengukuhkan usaha berterusan JKR Sabah dalam pembangunan kompetensi modal insan sektor awam.

About The Author