Screenshot 2026-07-06 084032

KOTA KINABALU, 1 JUL – Delegasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang diketuai oleh Ayub Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) telah mengadakan kunjungan hormat ke JKR Sabah sebagai tanda penghargaan serta usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.

Kunjugan ini turut bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan, penyelarasan projek serta aspek teknikal yang melibatkan fasiliti dan infrastruktur institusi KEMAS di negeri Sabah demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara lebih efisien dan berimpak tinggi.

About The Author