PITAS, 4 JUN – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Pembinaan Bangunan Bilik darjah, Pentadbiran, 1 BD Pra Sekolah Dan Lain-Lain Kemudahan di SK Pantai Pitas.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata aluan, diikuti ucapan daripada Guru Besar, Masimat Sikok. Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Jurutera Daerah JKR Pitas, Mohammad Sharifee Muhin, dan seterusnya ucapan daripada Timbalan Pejabat Pendidikan Pitas, Charles bin Manjin.

Bukan itu sahaja, majlis menyaksikan sesi menandatangani dokumen rasmi serta gimik penyerahan replika kunci projek daripada Jurutera Daerah kepada Guru Besar dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Bagi menyempurnakan majlis, sesi pemotongan riben secara simbolik telah diadakan di dataran kejat berbumbung SK Pantai Pitas. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kakitangan JKR, wakil agensi terlibat dan serta warga sekolah.

