KOTA KINABALU, 13 JUL – Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan kepimpinan yang telah dicurahkan, di samping memastikan kelancaran proses peralihan tugas dalam organisasi.



Pada masa yang sama, ucapan selamat maju jaya turut dizahirkan kepada Andrew Durat dalam meneruskan amanah sebagai Ketua Penolong Pengarah di Cawangan Projek Bangunan.