KUALA PENYU, 19 OGOS – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian Blok Pentadbiran, Prasekolah, 2 Unit Rumah Guru, 2 Unit Tandas Guru dan Lain-Lain Kemudahan di SK Tempurong, Kuala Penyu telah berlangsung dengan jayanya, semalam.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Ir. Ts. Gs. Br. Norris bin Leonaraus, diikuti oleh Jurutera Daerah JKR Kuala Penyu, Darryl Ian Joinol, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Dr. Suntik bin Tuin, dan Guru Besar SK Tempurong, Richarl Sinin.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Andrew Durat, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Projek Bangunan, JKR Sabah, serta pegawai dan kakitangan JKR, wakil agensi berkaitan dan warga sekolah.


Majlis turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen penyerahan rasmi oleh pihak JKR kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu.
Penyerahan projek ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha menyediakan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada warga SK Tempurong. Diharapkan kemudahan baharu yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan warga pendidik dan para pelajar.


Jabatan Kerja Raya Kuala Penyu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan dan penyerahan projek ini.
