5

TUARAN 20 OGOS – Cawangan Teknikal dan Kawalan Kualiti, Sektor Lebuhraya Pan Borneo telah menganjurkan Lawatan Teknikal ke Jambatan Sungai Sulaman (WP09) bagi memberikan pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai pelaksanaan kerja pembinaan di tapak, khususnya kerja-kerja berkaitan pembinaan Jambatan Sungai Sulaman di bawah Pakej Kerja WP09.

Sesi Taklimat Teknikal di Pejabat Tapak WP09.

Program ini turut menyediakan ruang perkongsian teknikal melalui sesi taklimat sebelum peserta dibawa melawat kawasan pembinaan Jambatan Sungai Sulaman. Pendekatan ini membolehkan peserta memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan sebenar di tapak serta pelaksanaan kerja yang sedang dijalankan.

Sesi penerangan oleh Encik Liaw, Jurutera Residen Tapak WP09.

Lawatan teknikal ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada wakil-wakil setiap cawangan mengenai keadaan dan pelaksanaan kerja pembinaan Jambatan Sungai Sulaman (WP09), di samping meningkatkan kefahaman pegawai dan wakil-wakil setiap cawangan terhadap aspek teknikal yang berkaitan dengan kerja pembinaan di tapak.

Bersama Timbalan Pengarah, Ir. Mohd. Safri dan rombongan Lawatan Teknikal di kawasan pembinaan jambatan.

Lawatan ini melibatkan wakil daripada beberapa cawangan, iaitu, Cawangan Pembinaan dan Pemantauan, Cawangan Ukur Bahan, Cawangan Jambatan, Cawangan Jalanraya, Cawangan Projek Jalan Luar Bandar, Cawangan Lebuhraya dan Cawangan Penyenggaraan Jalan.

Sesi penerangan dan demonstrasi teknikal kepada wakil-wakil cawangan.

About The Author