TAWAU, 20 OGOS – Semangat patriotisme dan cintakan negara terus disemarakkan menerusi Program Kibarkan Jalur Gemilang JKR Tawau Tahun 2026 yang telah diadakan di hadapan Pejabat JKR Tawau.

Program tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau, Mohammad Izam bin Jamal, dengan kehadiran pegawai dan kakitangan JKR Bahagian Tawau.
Program dimulakan dengan acara simbolik melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan kerajaan Negeri Sabah, sebagai tanda semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta sokongan warga JKR Bahagian Tawau dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026.

Program ini turut menjadi wadah untuk menyatukan warga JKR Bahagian Tawau dalam menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh semangat perpaduan serta menyemai nilai patriotisme dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada jabatan, masyarakat, negeri dan negara.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan semangat cintakan tanah air serta menyemarakkan lagi suasana sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan warga JKR Bahagian Tawau.

