8

KUDAT, 13 JUN – Telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Program Lawatan Rasmi YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya Sabah ke daerah Kudat yang bakal diadakan pada 20 Jun 2024.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Burhan Nuddin Mahmuddin, Penolong Setiausaha (Infrastruktur). Hadir sama dalam mesyuarat itu, jabatan-jabatan di daerah Kudat termasuklah JKR Kudat, Pejabat Daerah Kudat, Jabatan Air, Pejabat Daerah Kecil Matunggong, LPPS dan Kibing.

Mesyuarat itu bertujuan untuk membincangkan perancangan tentatif perjalanan lawatan rasmi serta persediaan-persediaan yang perlu dilaksanakan oleh mana-mana pihak yang terlibat.

About The Author