Screenshot 2024-12-20 072420

BONGAWAN, 18 DIS – Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti, Sektor Lebuhraya Pan Borneo, telah mengadakan lawatan teknikal ke Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Pakej Kerja 03, iaitu Menaiktaraf Jalan Dari Beaufort Ke Bongawan.

Lawatan itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal kepada pegawai ambilan baharu berkaitan dengan kaedah pelaksanaan, cabaran pembinaan Bebo Arch di tapak projek dan kaedah mitigasi yang diambil. Di samping itu, lawatan tersebut memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertukar pandangan dengan pasukan projek dan meningkatkan pengetahuan teknikal.

 

 

About The Author