5

KOTA MARUDU, 13 JAN – Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iaitu Christine Madatang, Penolong Jurutera JKR kota Marudu.

Jurutera Bahagian Zon Utara (JKR Kudat), Hilmy Hamid turut menyampaikan amanat dan mengucapkan selamat datang kepada Jurutera Daerah Kota Marudu yang baharu iaitu Ts. Mohd Fauzi Zikiri. Dalam pada itu, beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Alan Arthur Angian di atas pelantikan sebagai Jurutera Bahagian Sandakan yang baharu.

Penyerahan Nota Serah Tugas yang melibatkan mantan Jurutera Daerah Kota Marudu, Alan Arthur Angian kepada Jurutera Daerah Kota Marudu yang baharu, Ts. Mohd Fauzi Zikiri turut disaksikan oleh Penolong-Penolong Jurutera, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

About The Author