KOTA KINABALU, 25 FEB – Sektor Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah menganjurkan Kempen Derma Darah yang dilaksanakan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat JKR.

Kempen itu merupakan salah satu program yang menjadi kelaziman di Jabatan Kerja Raya Sabah dengan kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada kakitangan JKR Sabah.

Pelaksanaan program murni ini sebagai salah satu usaha untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan bekalan stok darah sentiasa berada di paras selamat. Sambutan yang memberangsangkan ini menunjukan sikap prihatin bagi membantu menderma darah kepada mereka yang memerlukan.



