WhatsApp Image 2025-08-07 at 17.02.24_c34b9965

SANDAKAN, 4 0G0S – Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan ke JKR Sandakan sebagai sebahagian daripada tujuan kunjungan beliau ke daerah Sandakan, Sabah. Ketibaan beliau telah disambut meriah oleh Jurutera Bahagian Kawasan Timur, Alan Arthur Angian, Jurutera, Penolong Jurutera dan juga warga JKR Sandakan. Lawatan tersebut juga disertai oleh beberapa pegawai daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Lawatan tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memantau perkembangan semasa projek-projek pembangunan infrastruktur termasuk penyelenggaraan jalan raya di daerah Sandakan.

Semasa sesi lawatan yang dijalankan, Riny Susilawati Hamdan selaku Jurutera Kanan JKR Sandakan telah menyampaikan taklimat berkaitan projek yang sedang dalam pelaksanaan iaitu Projek Jalan Semawang ke Tanjung Kuala Gum-Gum, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan juga beberapa projek termasuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri dan jalan persekutuan. YB Timbalan Menteri juga mengambil peluang tersebut untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai JKR Sandakan disamping mendengar masalah yang dihadapi dalam projek yang sedang dilaksanakan.

Sebelum berakhirnya sesi taklimat, YB Datuk Seri Ahmad Maslan juga berpesan kepada semua kakitangan untuk mengamalkan 5T iaitu Turun Padang, Teknologi Terkini, Time Management, Team Work dan Terbaik Sekali. Beliau menyatakan bahawa semua kakitangan perlu mengamalkan konsep 5T bagi menghasilkan kualiti kerja yang baik dan kompeten.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada JKR Sandakan sebagai tanda penghargaan kepada beliau atas kunjungannya ke Jabatan Kerja Raya Sandakan.

About The Author