9

PITAS, 10 SEP – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pitas berlangsung meriah bermula seawal jam 6.30 pagi di Padang Daerah Pitas. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Harun Bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap ADUN N.2 Bengkoka.

JKR Pitas turut menyertai perarakan dengan menghantar kontinjen sepanduk hasil persiapan rapi melalui mesyuarat akhir pada 9 September 2025. Seramai 39 orang kakitangan JKR Pitas bersama Jabatan Pembetungan Pitas mengambil bahagian, disokong penuh oleh Jurutera Daerah, Tuan Mohammad Hazizul bin Ismail, Penolong Jurutera dan warga jabatan.

Usaha ini membuahkan hasil apabila kontinjen JKR Pitas bukan sahaja meraih Tempat Pertama kategori Kementerian & Jabatan, malah dinobatkan sebagai Juara Terbaik Keseluruhan pertandingan sepanduk tahun ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas semangat kebersamaan, komitmen serta kecintaan warga JKR Pitas terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W.

About The Author