Screenshot 2025-10-08 115036

KOTA KINABALU, 22 SEP – Cawangan Projek Jalan Luar Bandar (PJLB) telah mengadakan majlis ringkas bagi meraikan kedatangan kakitangan baharu serta perpisahan pelajar latihan industri yang akan menamatkan latihan pada 26 September 2025.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Jalan Luar Bandar, Ir. Aishahturizdah binti Ashgul, serta pegawai dan kakitangan cawangan.

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan selamat datang kepada kakitangan baharu, di samping mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh pelajar latihan industri sepanjang tempoh latihan. Beliau turut mendoakan agar pelajar tersebut berjaya dalam bidang kerjaya Kejuruteraan Awam pada masa hadapan.

Selain itu, satu sesi memperkenalkan diri bagi kakitangan baharu turut diadakan, bagi membolehkan mereka berkenalan dengan warga cawangan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih mesra dan harmoni.

Sementara itu, Mohd Saffian Haizuri bin Sunaryoh pelajar latihan industri turut menyampaikan ucapan perpisahan dengan menzahirkan penghargaan kepada pihak cawangan atas bimbingan, ilmu serta pengalaman berharga yang diperoleh.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar latihan industri sebagai tanda apresiasi atas komitmen, usaha dan sumbangan mereka sepanjang tempoh latihan di cawangan itu.

Majlis diadakan secara sederhana namun penuh mesra, bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga cawangan serta sebagai tanda penghargaan kepada pelajar latihan amali yang telah menyelesaikan latihan dengan jayanya.

 

 

About The Author