KOTA KINABALU, 17 APR – Majlis Perpisahan dan Sambutan Kepimpinan Baharu Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal telah diadakan di Blue Lagoon, Sutera Harbour Marina, dengan kehadiran pegawai Gred 5 ke atas daripada setiap cawangan di bawah sektor berkenaan.

Dalam majlis tersebut, mantan Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin, dalam ucapannya telah mengalu-alukan pelantikan Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal baharu, Dato’ Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid, serta menzahirkan harapan agar kepimpinan baharu dapat terus memacu kecemerlangan sektor.


Majlis turut diserikan dengan tayangan video ringkas yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah Sektor Khidmat Teknikal. Selain itu, para hadirin juga berpeluang menyertai sesi permainan santai yang menambahkan kemeriahan suasana sebelum majlis melabuhkan tirainya.


