WhatsApp Image 2026-05-08 at 16.13.45

PITAS, 7 MEI – Majlis Serah Tugas melibatkan Jurutera Daerah Pitas telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Pitas. Majlis tersebut menandakan transisi kepimpinan penting bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah ini.

​Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada Mohammad Hazizul bin Ismail kepada penggantinya, Mohammad Shariffee bin Muhin sebagai Jurutera Daerah Pitas yang baharu.

​Majlis bermula tepat jam 10.00 pagi dengan ketibaan para tetamu, disusuli dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Suasana penuh rasmi ini diteruskan dengan beberapa siri ucapan amanat daripada mantan Jurutera Daerah, Mohammad Hazizul bin Ismail, Jurutera Daerah Pitas, Mohammad Shariffee bin Muhin dan Faizal bin Abd Rahman, Jurutera Bahagian Kudat.

Kemuncak majlis adalah Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas dan Penyerahan Fail Kerja, yang melambangkan peralihan tanggungjawab secara rasmi bagi menerajui projek-projek pembangunan dan infrastruktur di bawah seliaan JKR Pitas. Sebagai tanda penghargaan, satu sesi tayangan video “Layar Kenangan” telah dipersembahkan bagi mengenang jasa dan sumbangan mantan Jurutera Daerah sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar bersama kakitangan, dan jamuan ringkas.
​Seluruh warga JKR Pitas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Jurutera Daerah di atas khidmat bakti beliau dan mengucapkan selamat bertugas kepada Jurutera Daerah baharu dalam menggalas amanah baharu demi kecemerlangan organisasi.

About The Author