KOTA MARUDU, 6 JUN – YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Bangunan Baharu Perpustakaan Kota Marudu bagi meninjau kemajuan dan pelaksanaan projek tersebut.

Dalam lawatan berkenaan, Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai status semasa, kemajuan kerja serta aspek pelaksanaan projek kepada YB Menteri dan delegasi yang hadir.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Hassan Mahali; Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching; Kontraktor Aparu Construction Sdn. Bhd, Howard Chung; wakil Perunding Arkitek JAS, Abdul Salam; serta Perunding Amir Madani, Ir. Amirul Hisham Hj. Ismail.
Hadir sama mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu ialah Jurutera Kerja, Aron, dan Penolong Jurutera Kerja, Ahmad Mahmud.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan awam berjalan lancar, menepati spesifikasi yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
