9

LAHAD DATU, 18 JUN – Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas bagi Jurutera Daerah JKR Lahad Datu telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat JKR Lahad Datu. Antara yang terlibat ialah kontraktor/konsesi/konsultan dan kakitangan JKR lahad Datu.

Majlis ini menandakan peralihan kepimpinan rasmi daripada Hadi Hamzah kepada Mohammad Hazizul bin Ismail sebagai Jurutera Daerah Lahad Datu yang baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan amanat daripada mantan dan Jurutera Daerah Lahad Datu yang baharu . Turut menyampaikan ucapan penghargaan ialah Daniel Herman (Jurutera) dan Ridzuan @ Bennie Asli (Penolong Jurutera) yang mewakili warga kerja JKR Lahad Datu.

Kemuncak majlis adalah Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas dan Penyerahan Fail Kerja, sebagai simbolik peralihan tanggungjawab serta amanah dalam menerajui pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di bawah seliaan JKR Lahad Datu. Majlis ini turut disaksikan oleh Jurutera Kerja Awam (EE) JKR Semporna, Heseltine Harry Maul.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar kenangan bersama warga jabatan serta jamuan ringkas.

Seluruh warga JKR Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hadi bin Hamzah atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Pada masa yang sama, warga jabatan mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Mohammad Hazizul bin Ismail, semoga terus cemerlang dalam memimpin JKR Lahad Datu ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

“Jasa dikenang, kepimpinan diteruskan. Semoga segala usaha dipermudah dan diberkati demi kemajuan organisasi serta kesejahteraan masyarakat.”

About The Author