Screenshot 2026-07-13 145649

KOTA KINABALU, 13 JUL – Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan kepimpinan yang telah dicurahkan, di samping memastikan kelancaran proses peralihan tugas dalam organisasi.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas daripada Andrew Durat, KPP/Senggara Bangunan, kepada Awangku Eddie Syukrie, mantan KPP/Ukur dan Sokongan Maklumat, selaku Ketua Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan yang baharu. Peralihan ini mencerminkan komitmen JKR Sabah dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

Pada masa yang sama, ucapan selamat maju jaya turut dizahirkan kepada Andrew Durat dalam meneruskan amanah sebagai Ketua Penolong Pengarah di Cawangan Projek Bangunan.

 
 

About The Author