6

KOTA MARUDU, 24 JUL – Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, telah mempengerusikan Mesyuarat Kakitangan JKR Kota Marudu Bil. 2/2026 yang dihadiri oleh seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Unit Akaun, Zuhaimin.

Dalam mesyuarat tersebut, warga kerja turut mengalu-alukan kehadiran dua (2) pelatih industri yang akan menjalani latihan industri di JKR Kota Marudu, iaitu Haadiy Hans Haldy, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan Sakina Kanduga, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Turut dimaklumkan bahawa jawatan Ketua Stor kini disandang oleh Adriezal bin Marin, yang mengisi kekosongan berikutan persaraan wajib penyandang terdahulu, Aliuddin Salung, pada 17 Julai 2026.

Dalam ucapannya, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri mengucapkan selamat datang kepada kedua-dua pelatih industri serta berharap mereka dapat memanfaatkan tempoh latihan ini untuk menimba pengalaman dan memperkukuh pengetahuan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Beliau turut menekankan kepentingan semangat profesionalisme, integriti dan kerjasama dalam kalangan warga kerja JKR Kota Marudu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti, selaras dengan komitmen jabatan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Turut hadir ialah Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang, Ketua-Ketua Unit, Penolong-Penolong Jurutera serta seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

About The Author