• Julai 19, 2022
  • 1880

Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Pelatih Industri

Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Pelatih Industri

SEMPORNA, 19 JULAI – Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga (3) orang pelatih industri yang menjalani latihan industri di JKR Semporna, hari ini.

Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ketiga-tiga pelatih industri yang telah memberikan komitmen dan menunjukkan disiplin yang baik sepanjang menjalani latihan industri di JKR Semporna.
Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelatih industri yang akan menamatkan pengajian mereka di peringkat Diploma pada semester ini.