• Julai 20, 2022
  • 1889

Kontinjen JKR Sabah Ke Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor 2022

Kontinjen JKR Sabah Ke Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor 2022

KOTA KINABALU,  20 JULAI – Rombongan Kontinjen JKR Sabah yang disertai oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Philemon Lajawai untuk menyertai Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor 2022 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada 12.10 tengah hari tadi.

Antara sukan yang dipertandingkan dalam karnival sukan ini adalah, Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, Ping Pong, Takraw, Tenpin Bowling dan Golf.

Semoga rombongan kontinjen JKR Sabah menerapkan nilai integriti  yang tinggi serta sentiasa  mengamalkan ‘fairplay’ dalam setiap pertandingan yang disertai agar beroleh kemenangan dan kejayaan secara adil dan terhormat.

Rombongan pertama kontinjen JKR Sabah telah berlepas semalam yang disertai oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Hj. Arman Abd Muin.